NADI FELDA LEPAR UTARA 2/4
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Lepar Utara 2/4 berada di dalam daerah Maran, Pahang dan merupakan projek Pusat Internet di bawah Fasa Clawback 2013. NADI Felda Lepar Utara 2/4 telah mula beroperasi pada 1 Mei 2015. Bangunan batu satu tingkat bersambung dengan bangunan GPW dan bilik kerani JKKR Felda lepar Utara 2/4 manakala NADI Felda Lepar Utara 2/4 ini dimiliki oleh JKKR Felda Lepar Utara 2/4. Tapak kawasan NADI yang berkeluasan 1800 kaki persegi berada pada lokasi yang amat strategik iaitu berhampiran Klinik Kesihatan dan Pejabat Felda Lepar Utara 2/4 serta kawasan tumpuan komuniti di dalam Felda Lepar Utara 2/4 dan Gugusan Lepar Utara. NADI Felda Lepar Utara 2/4 telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Mohd Shohaimi bin Jusoh DIMP.,JSN.,PPN., iaitu ADUN Lepar pada 17 Oktober 2015 bersempena dengan Hari Bersama NADI Felda Lepar Utara 2/4. Menerima kunjungan komuniti seramai hampir 300 orang pada hari tersebut menunjukkan bahawa NADI Felda Lepar Utara 2/4 ini mendapat penerimaan baik daripada komuniti setempat serta seluruh gugusan Felda Lepar Utara.