Felda Lepar Utara 2/4 mula dimajukan pada tahun 1977. Rancangan ini ditanam sepenuhnya dengan tanaman kelapa sawit. Keluasan kawasan tanaman sawit di ladang peneroka Lepar Utara 02 ialah 768.337 hektar manakala di ladang peneroka Lepar Utara 04 ialah seluas 783.37 hektar. Jumlah peneroka kedua-dua rancangan adalah seramai 327 orang dengan Lepar Utara 02 seramai 167 dan Lepar Utara 04 seramai 160.
Rancangan ini mula menerima kemasukan peneroka seawal 1985 dengan pada masa itu pentadbiran rancangan masih lagi berasingan. Felda Lepar Utara 2 sebelumnya dikenali sebagai Felda Lepar Utara 5 dahulunya diurustadbir bertempat di Pejabat FGV Lepar Utara 14 sekarang. Manakala Felda Lepar Utara 4 pula diurustadbir bertempat di Pejabat Felda Lepar Utara 2/4 sekarang. Mulai tahun 1993 kedua-dua rancangan telah digabungkan dibawah satu pengurusan sahaja dikenali sebagai Felda Lepar Utara 2/4 dan beroperasi di pejabat Felda Lepar Utara 4 sehingga kini.