
Kami di Pi1M Felda Lepar Utara 2/4 berbesar hati memberi anda peluang untuk meminjam netbook 1Malaysia. Terdapat lebih 100 unit netbook telah diperuntukkan oleh SKMM bagi memberi kemudahan kepada komuniti setempat menggunakan kemudahan ini. syarat-syarat peminjaman adalah seperti berikut:
- Merupakan ahli PI1M
- Berumur 10 tahun ke atas
- Warganegara malaysia
- Membawa salinan kad pengenalan
- Tempoh pinjaman adalah selama satu bulan. sekiranya gagal untuk memulangkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan peminjam boleh didenda RM5.00/hari
- Sebarang kerosakan adalah tanggungjawab peminjam.