SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) LEPAR UTARA SATU
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Lepar Utara Satu telah dibuka pada hari Isnin, 25 Februari 1985 di tanah seluas 8 ekar dan terletak di bawah pengawasan Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan kemudian mulai 1 Januari 2005 dipindahkan pengawasannya kepada Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Sekolah ini mengandungi 2 blok bangunan, 1 kantin, 1 surau dan 22 unit rumah guru. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini tinggal dengan menyewa rumah kakitangan Felda dan Kilang Sawit selain tinggal di rumah guru.
Sekolah ini terletak di pedalaman dan di kelilingi oleh Gugusan Felda Lepar Utara 1,2,4 dan Felda Plantation 5, 10, 13 dan 14. Jarak dari sekolah dan PPD Kuantan ialah sejauh 221 km manakala PPD Jerantut ialah 98 km. Sementara itu jarak ke JPN Pahang pula sejauh 227 km yang mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan menaiki kereta melalui Bandar Jengka, Maran dan seterusnya ke Kuantan. Mulai Januari 2006 SK Lepar Utara Satu telah dipindahkan ke Zon Gelanggi di bawah pentadbiran PPD Jerantut.
SK. (LKTP) Lepar Utara Satu telah berpindah ke bangunan baru yang ada sekarang pada 5 Oktober 1988. Dengan kemudahan yang bertambah proses pengajaran dan pembelajaran telah dapat dijalankan dengan lebih sempurna begitu juga dengan aktiviti luar bilik darjah. Pada tahun itu juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan. Dengan adanya PIBG kerjasama yang sedia ada telah terjalin dengan lebih erat lagi. Pada 16 Mac 1989 sekolah ini telah dinaikkan gred dari gred C ke gred A. Sesuai dengan kenaikan gred sekolah ini dapat beroperasi dengan lebih baik dan sempurna.
SMK LEPAR UTARA
Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara terletak dalam daerah Kuantan dan bersempadan dengan daerah Jerantut dan Maran. Jarak sekolah dari Bandar Kuantan ialah 225 kilometer, sementara dari Bandar Jengka, 65 kilometer dan 85 kilometer dari Bandar Jerantut.
Sejarah pengwujudan SMK Lepar Utara adalah pada 2hb. Disember 1991 memulakan sesi persekolahan dengan menumpang di bangunan sementara. Pada 15hb. Mei 1992, SMK Lepar Utara mendapat bangunan sendiri sepenuhnya. Keluasan tanah SMK Lepar Utara seluas 14.2 ekar. Dari segi fizikal, SMKLU mempunyai 6 blok bangunan untuk bilik darjah, makmal sains, makmal komputer, pejabat, bengkel dan dewan. Di samping itu sekolah juga lengkap dengan kantin, surau dan astaka. Pada Jun 2002, SMKLU telah dinaik taraf ke gred A dan pada tahun 2003, SMKLU telah ditambah dengan dua blok bangunan asrama pelajar. Satu blok untuk pelajar lelaki dan satu blok untuk pelajar perempuan.
Pada mulanya pengurusan sekolah SMKLU adalah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan. Namun pada tahun 2005, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut. Pengetua pertama yang berkhidmat di SMKLU ialah Encik Hamdan Bin Mahmood, diikuti oleh Encik Rosdi Bin Ismail, En. Saballah Bin Taib dan Tn. Hj. Rahim Bin H. Musthaffa sejak 4hb. Julai 2005 hingga 1hb. Disember 2006. SMK Lepar Utara telah menerima pengetua baru, Tn. Haji Manan Bin Ismail pada 5hb. Disember 2006 yang mencatat sejarah apabila mendapat pengetua yang berasal daripada kalangan warga pendidik Jerantut.
Sebelumnya, pengetua-pengetua berasal dari lain-lain daerah. En. Hamdan Mahmood berasal dari Kuala Lipis, En. Rosdi Ismail dari Kuantan, Tn. Haji Saballah Taib dari Temerloh dan Tn. Haji Rahim Musthaffa dari Kemaman. Selepas Tn. Hj Manan, Tn Hj Muhamad bin Awang Nik mengantikan beliau yang kini ke JPN Pahang.Selama sebulan, 1 April hingga 3 Mei 2009 En Zulkefli bin Badion menjalankan tugas penanggungan kerja pengetua sebelum kehadiran Tn Hj Yusri bin Hj Marjan menjadi pengetua ke 8 di SMK Lepar Utara.
SMK Lepar Utara juga sangat aktif dalam aktiviti kokurikulum bkn sahaja di peringkat sekolah malahan di peringkat daerah dan negeri. antara pencapaian terbaik smk lepar utara adalah:
- Pelajar tingkatan 5 Salman Al-Farisi, Amirul Iman b. Ranlai@Ramli telah mewakili negeri pahang dalam pertandingan Bola Sepak MSSM.
- Pasukan kadet Remaja Sekolah telah menjaya mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan kawat kaki peringkat Pahang.
- Pasukan Silat Sekolah telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan silat daerah jerantut dan beberapa orang pelajar telah mewakli daerah Jerantut ke peringkat Negeri Pahang.
- Pasukan Olahraga sekolah telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan olahraga peringkat daerah Jerantut.

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

TABIKA KEMAS FELDA LEPAR UTARA 1

SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA LEPAR UTARA 2

SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA LEPAR UTARA 4
TABIKA KEMAS FELDA LEPAR UTARA 4
SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA LEPAR UTARA 1