| AKTIVITI BULANAN : JUN 2025 | |
| AKTIVITI | NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI: FLOURISHER & MENWELL – SARINGAN KESIHATAN SEPANJANG JUN 2025 |
| TARIKH | 1-30 / 06 / 2025 |
| MASA | 9.00 AM – 5.00 PM |
| TEMPAT | NADI FELDA LEPAR UTARA 2/4 |
| PESERTA | TERBUKA |
OBJEKTIF
Meningkatkan Kesedaran Kesihatan Mental dan Fizikal:
- Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan kesejahteraan mental dan fizikal dalam kehidupan harian.
Mengenal Pasti Tahap Kesejahteraan Diri:
- Menyediakan saringan dan penilaian bagi mengenal pasti tahap kesihatan mental dan emosi individu menggunakan pendekatan Flourisher dan MenWell.
Menggalakkan Gaya Hidup Sihat:
- Mendorong peserta untuk mengamalkan tabiat gaya hidup sihat termasuk pemakanan, senaman dan pengurusan stres secara holistik.
Membina Sokongan Sosial dan Emosi:
- Mewujudkan ruang sokongan dan intervensi awal bagi mereka yang memerlukan bantuan emosi atau kaunseling.
Memupuk Budaya Prihatin dan Cakna Kesejahteraan Diri:
- Membina komuniti yang menyokong antara satu sama lain dalam aspek kesihatan mental dan kesejahteraan kendiri.
AKTIVITI
Peserta yang dihadir di NADI Felda Lepar Utara 2/4 akan membuat saringan kesihatan seperti mengukur tinggi, berat, tekanan darah dan tahap gula dalam darah. Sekiranya peserta dibawah umur, kebenaran IbuBapa diperlukan bagi pemeriksaan ini.