mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – SITI FATIMAH BINTI ABD WAHAB

KISAH KEJAYAAN

KATEGORI KEUSAHAWANAN

NAMA

SITI FATIMAH BINTI ABD WAHAB

UMUR

31

ALAMAT

No 16, Felda Lepar Utara 02, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur.

PERNIAGAAN

BEKAM, RESDUNG, EKIN PRODUCT DAN SERI MAHARANI

ONLINE PLATFORM

FACEBOOK


Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Siti Fatimah sangat berminat untuk menjadi usahawan kerana beliau berkeinginan untuk membantu memperbaiki taraf kehidupan keluarganya. Sebelum ini beliau telah menjual pelbagai produk namun produknya kurang laris dek kerana kurangnya promosi.

Selepas penggunanan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Lepar Utara 2/4, Siti Fatimah kini sudah menemui produk yang sesuai untuk dipromosikan di media sosial. Beliau kini aktif mempromosikan produk Seri Maharani dan produk ekin beauty. Selain itu untuk membuat pendapatan lebih, beliau juga membuat rawatan bekam dan resdung dan juga menyediakan rawatan selepas bersalin. Dengan pelbagai produk yang diusahakannya, kini kehidupan beliau dan keluarga lebih selesa.