|
KISAH KEJAYAAN |
|
|
KATEGORI KEUSAHAWANAN |
|
|
NAMA |
NUR RAMIZAH BINTI RAZALI |
|
UMUR |
28 |
|
ALAMAT |
NO 173, FELDA LEPAR UTARA 1, 26400 BANDAR JENGKA , PAHANG DARUL MAKMUR. |
|
PERNIAGAAN |
SALON KECANTIKAN |
|
ONLINE PLATFORM |
|
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet
Puan Nur Ramizah binti Razali merupakan seorang suri rumah yang mempunyai minat dan sedikit kemahiran menggunting rambut. Disebabkan minat yang mendalam, beliau telah mengikuti kursus dandanan rambut dan membuka salon kecantikan secara kecil – kecilan di rumahnya. Namun, salonnya kurang mendapat sambutan kerana kurangnya promosi.
Selepas penggunanan ICT / Penglibatan Pusat Internet
Selepas penggunaan ICT, Puan Nur Ramizah telah menjalankan promosi melalui facebook dan hasilnya semakin ramai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan salonnya. Melalui kelas usahawan, beliau telah belajar cara untuk mendapat pendapatan lebih dengan membuat perkhidmatan ke rumah untuk suri rumah yang mempunyai masalah untuk meninggalkan anak mereka di rumah atau yang tidak mempunyai kenderaan. Kini, pendapatan beliau telah bertambah sekurang – kurangnya RM 500 sebulan.

