mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – IRLIA BINTI AZIZ

KISAH KEJAYAAN

KATEGORI KEUSAHAWANAN

NAMA

IRLIA BINTI AZIZ

UMUR

18

ALAMAT

No 143, Felda Lepar Utara 02, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur.

PERNIAGAAN

DURIAN CREPE

ONLINE PLATFORM

FACEBOOK

 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet :

Pada mulanya perniagaan beliau kurang mendapat sambutan dek kerana kurangnya promosi keatas durian crepe yang dijualnya. Pendapatan bulanan beliau hasil daripada penjualan durian crepe adalah sekitar RM 50 ke RM 100 sahaja. Dan pelanggan yang menempah durian crepe darinya hanyalah daripada rakan terdekat, jiran dan ahli keluarga sahaja.

Selepas penggunaan ICT / Penggunaan Pusat Internet :

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Lepar Utara 2/4, beliau kini lebih memahami pentingnya melakukan promosi ke atas perniagaan. Beliau juga telah mula melakukan promosi melalui facebook dan whatsapp untuk memperkenalkan durian crepenya. Selain itu, Irlia juga semakin bijak membesarkan perniagaannya dengan mencipta pelbagai resepi baru seperti   jagung crepe, nenas crepe dan choco’ crepe. Pendapatan daripada hasil perniagaannya juga semakin banyak kira-kira RM 300 – RM 400 sebulan. Tempahan yang diterima juga kini bukan hanya daripada ahli keluarga, kenalan dan jiran tetapi semakin meluas ke rakan dan pengikut facebook.