mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – CIK SURAYA BT ABU HASSAN

KISAH KEJAYAAN

KATEGORI KEUSAHAWANAN

NAMA

SURAYA BINTI ABU HASSAN

UMUR

26

ALAMAT

No 340, Felda Lepar Utara 01, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur

PERNIAGAAN

HOMESTAY

ONLINE PLATFORM

FACEBOOK,WHATSAPP DAN INSTAGRAM

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan cik Suraya  hanya sekitar RM150 – RM 300 sebulan dan menerima sebanyak satu atau dua tempahan sahaja. Homestaynya juga kelihatan biasa dan kurang menarik.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Lepar Utara 2/4, beliau kini telah lebih aktif mempromosikan homestaynya di facebook dan beliau juga membuat akaun instagram bagi meluaskan lagi promosi untuk homestaynya. Selain itu, homestaynya kini kelihatan lebih menarik dan kemas untuk keselesaan pelanggan. Homestaynya juga menjadi pilihan utama terutamanya musim cuti sekolah kerana pada kebiasaannya banyak majlis perkahwinan berlangsung di Felda Lepar Utara dan tuan rumah memerlukan homestaynya untuk ahli keluarga yang menghadiri majlis tersebut kerana Felda Lepar Utara terletak agak jauh dari bandar. Kini, pendapatannya meningkat sehingga sehingga RM 1000 sebulan.