mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

Bidang keusahawanan merupakan salah satu bidang yang mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat di Felda Lepar Utara.  Bidang ini diceburi oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti belia, ibu tunggal dan surirumah yang mana rata-ratanya adalah peneroka dan penerokawati di sini.  Walaupun berada jauh di pedalaman, ia bukanlah batu penghalang masyarakat setempat untuk memajukan diri sendiri, sebaliknya ia menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya dan meningkat taraf ekonomi diri sendiri dan keluarga.
 
Antara bidang perniagaan yang diceburi oleh penduduk di Felda Lepar Utara adalah:
 
  • Perusahaan kerepek
  • Perusahaan Bahulu
  • Perusahaan homestay
  • Perusahaan kedai runcit
  • Perusahaan kek 
  • Kedai makan
  • Kedai hardware
  •  Kedai Komputer, Cyber Cafe
  • Andaman pengantin
  • Kedai jahitan
  • Perusahaan ikan air tawar
  • Bengkel membaiki motosikal, kereta, lori
  • Penternakan