Bukit Botak terletak di Felda Lepar Utara bukanlah lokasi asing buat peminat sukan daki di sekitar daerah ini dek kerana awan karpet yang menyebulungi puncak itu pada waktu pagi. Puncaknya yang terletak pada ketinggian 270 meter dari aras laut memerlukan masa lebih dua jam untuk ditawan. Pada ketinggian 240 meter, pendaki terpaksa memanjat lereng batu menggunakan tali. Dan pada ketinggian 270 meter kekuatan mental dan fizikal perlu dipertingkatkan memandangkan trek yang dilalui semakin mencabar dan jika tersilap langkah, pasti mengundang bahaya.
Pemandangan dari Bukit Botak
