mcmc
Maklumat Am

TAHNIAH Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

EXCO Pahang menjunjung kasih atas kurniaan Darjah SSAP

Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA negeri, Datuk Abu Bakar Harun; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd Johari Hussain; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Shahaniza berkata, mereka menjunjung kasih kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah atas kesudian baginda memilih dirinya menjadi seorang daripada 21 penerima SSAP tahun ini.

“Sebagai rakyat Pahang, ini adalah antara detik paling manis untuk saya, satu pengiktirafan yang tidak pernah saya impikan dan sudah pasti ia datang dengan satu kepercayaan yang harus saya balas, iaitu berkhidmat dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini, yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Abu Bakar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini pula menyifatkan gelaran itu adalah ingatan khusus terhadap tanggungjawabnya memandangkan Sultan Ahmad Shah terkenal sebagai Sultan berjiwa rakyat.

“Baginda sentiasa mahukan yang terbaik untuk rakyat dan jika berlaku bencana, baginda juga adalah antara yang paling terkesan dan akan segera bertemu rakyat.

“Kami pula adalah orang yang diamanahkan untuk turut sama menjaga rakyat, khususnya saya menjaga warga FELDA,” katanya.