|
KISAH KEJAYAAN |
|
|
KATEGORI KEUSAHAWANAN |
|
|
NAMA |
SITI NORAINI BT MOHAMAD |
|
UMUR |
29 TAHUN |
|
ALAMAT |
FELDA LEPAR UTARA 1 |
|
PERNIAGAAN |
PENJUAL MAKANAN SECARA ONLINE DAN COD |
|
ONLINE PLATFORM |
FACEBOOK DAN WHATSAPP |
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet
Puan Siti Nuraini Bt Mohamadmerupakan anak peneroka Felda Lepar utara 1. Sebelum berniaga beliau hanyalah suri rumah sepenuh masa. Demi membantu kewangan keluarga beliau berkeinginan untuk bekerja namun sektor pekerjaan di Felda Lepar Utara agak terhad. Oleh itu, pilihan yang ada hanyalah berniaga secara kecil – kecilan. Beliau berdepan cabaran apabila perniagaan yang beliau jalankan tidak mendapat sambutan kerana kurangnya promosi. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50-80 sahaja sebulan.
Selepas penggunanan ICT / Penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Lepar Utara 2/4, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau kini juga adalah dari luar kawasan Lepar Utara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM400. Tempahan beliau juga semakin meluas daripada menerima tempahan dalam skala yang kecil kepada skala yang besar pada satu satu masa.