mcmc
Laporan Aktiviti

PRA HARI BERSAMA KOMUNITI 2019

AKTIVITI BULANAN : SEPTEMBER 2019

AKTIVITI

PRA HARI BERSAMA KOMUNITI

TARIKH

13 / 09 / 2019

MASA

8.00 AM – 05.00 PM

TEMPAT

PUSAT INTERNET FELDA LEPAR UTARA 2/4

PESERTA

KANAK-KANAK ,PELAJAR SEKOLAH DAN USAHAWAN.

 

 

 

 

 

 

 

OBJEKTIF

Mewujudkan komuniti mesra ICT dan Teknologi.

AKTIVITI

Pada 13 / 9 / 2019 telah diadakan pra HBK. Pra HBK ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Pada sesi pagi yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12 tengahhari, kanak – kanak Tabika Kemas Felda Lepar Utara 1,2,dan 4 telah dijemput ke Pusat Internet Felda lepar utara 2/4 untuk menyertai beberapa program iaitu :

1) Pertandingan mewarna poster sempena Hari malaysia.Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. klik untuk gambar

2) Kelas perkakasan dan perisisan komputer. klik untuk gambar

Manakala pada sesi petang pula, aktiviti bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Antara aktiviti yang disediakan pada sebelah petang ialah :

1) Pertandingan muat naik artikel sempena Hari Malaysia di my komuniti yang disertai oleh pelajar sekolah menengah. klik untuk gambar

2) Bengkel penghasilan video yang bertemakan malaysia bersatu yang disertai oleh pelajar sekolah menengah. klik untuk gambar

3) Pertandingan my shop untuk usahawan. Pemenang pertandingan ini dikira berdasarkan jumlah produk yang dimuatnaik ke my shop di dashboard masing – masing. klik untuk gambar

4) Pertandingan my place yang disertai oleh pelajar sekolah. Peserta perlu menandakan kemudahan awam yang terdapat di Felda Lepar Utara. klik untuk gambar