mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – NUR RAMIZAH BINTI RAZALI

KISAH KEJAYAAN

KATEGORI KEUSAHAWANAN

NAMA

NUR RAMIZAH BINTI RAZALI

UMUR

28

ALAMAT

NO 173, FELDA LEPAR UTARA 1, 26400 BANDAR JENGKA , PAHANG DARUL MAKMUR.

PERNIAGAAN

SALON KECANTIKAN

ONLINE PLATFORM

FACEBOOK

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Puan Nur Ramizah binti Razali merupakan seorang suri rumah yang mempunyai minat dan sedikit kemahiran menggunting rambut. Disebabkan minat yang mendalam, beliau telah mengikuti kursus dandanan rambut dan membuka salon kecantikan secara kecil – kecilan di rumahnya. Namun, salonnya kurang mendapat sambutan kerana kurangnya promosi.  

Selepas penggunanan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Selepas penggunaan ICT, Puan Nur Ramizah telah menjalankan promosi melalui facebook dan hasilnya semakin ramai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan salonnya.  Melalui kelas usahawan, beliau telah belajar cara untuk mendapat pendapatan lebih dengan membuat perkhidmatan ke rumah untuk suri rumah yang mempunyai masalah untuk meninggalkan anak mereka di rumah atau yang tidak mempunyai kenderaan. Kini, pendapatan beliau telah bertambah sekurang – kurangnya RM 500 sebulan.